Ramai yang tidak menyangka bahawa gula boleh menyebabkan ketagihan. Mereka merasa sangat lapar, menggigil, tidak bersemangat dan lemah padahal kandungan gula dalam darah adalah normal.
Ini berlaku ketika pengambilan gula, selain insulin satu lagi hormon DOPAMINE dikeluarkan dan memberikan rasa keseronokan, ketenangan dan kepuasan apabila memakan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
Walaupun insulin dikeluarkan untuk merendahkan semula kandungan gula dalam darah, tetapi kandungan gula yang rendah menyebabkan pengeluaran DOPAMINE terhenti.
Ini menyebabkan "penagih gula" akan mengalami tanda-tanda ketagihan apabila lama tidak mengambil gula. Tidak hairan ada di antara kita yang terliur apabila teringatkan teh tarik dan coca cola.
No comments:
Post a Comment