Pages

Tuesday, December 22, 2015

@ Kesihatan Azlee Senario Semakin Bertambah Baik


Salah seorang anggota kumpula Senario, Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar telah dimasukkan ke Hospital Damansara sekitar Ogos tahun lalu akibat masalah batu dalam hempedu. Agak terkejut dengan berita yang menimpa dirinya, kini dengan izin Allah Azlee kini semakin pulih setelah menjalani pembedahan kecil.

Tidak selesa dengan keadaan kesihatannya yang menyukarkan pergerakan, Azlee membuat keputusan untuk melakukan pembedahan kecil itu bagi menghalang daripada merebak dengan lebih teruk.

“Alhamdulillah, setelah menjalani pembedahan kecil itu, saya kembali sihat seperti biasa dan dapat meneruskan aktiviti dan kerja-kerja seni.

“Sebelum ini, saya tidak pernah mengidap sebarang penyakit lain dan batu dalam hempedu ini berpunca kerana silap makan,” katanya.

Dalam pada itu, Azlee baru sahaja dilantik sebagai duta sejenis produk makanan kesihatan keluaran RCC Global selama setahun. Menurutnya sebelum ini Azlee pernah ditawarkan untuk menjadi duta sesuatu produk namun ditolaknya atas sebab-sebab tertentu.

“Sebagai selebriti, saya tidak boleh main ‘cekau’ sahaja apa-apa tawaran kerana ia melibatkan nama saya. Jadi, saya hanya akan bersetuju sekiranya ia memberi faedah dan kebaikan yang boleh dikongsi kepada kesemua lapisan peminat saya.

“Untuk RCC Global, saya yakin, produk ini mampu memberi kebaikan kepada seluruh masyarakat di mana ia adalah produk makanan kesihatan. Saya mula mengamalkan produk, pemanis semula jadi Stevia sejak tahun lalu.

“Selepas ini, saya akan bersama-sama RCC Global dalam mengembangkan lagi penggunaan produk pengganti gula ini dan menyertai aktiviti yang dianjurkan,” katanya.

Alhamdulillah diberi peluang untuk pulih kembali. Kami berharap semoga Azlee dapat kembali beraksi dalam kerjaya seninya. Semoga diberi kesihatan tubuh badan yang baik olehNya.

http://www.gosipmalaysia.com







No comments:

Post a Comment