Pages

Tuesday, December 22, 2015

@ Saya Nak Kurus !

"Saya nak kurus !" Pernakah terlintas atau terkeluar dari mulut anda ayat ini ? Jika ya,adakah anda berjaya mencapai apa yang anda katakan?Atau ia hanya hangat-hangat tahi ayam. 

Ramai yang menginginkan bentuk badan yang cantik, kurus dan sihat.Namun ramai juga yang berdiet, tetapi masih tidak dapat mengawal nafsu makan.Ada juga seminggu sahaja mampu berdiet,kemudiannya hanya tinggal angan-angan.Malah berat badan semakin bertambah.Bukankah sia-sia segala usaha yang cuba dilakukan?


Kebanyakan daripada kita mempunyai masalah untuk mengawal rasa lapar lebih-lebih lagi jika di depan mata terhidang makanan yang lazat.Ada juga, jika ketika itu tiada sebarang makanan, sanggup menyelongkar setiap sudut peti ais hanya untuk mencari secebis makanan sebagai pelapik perut.

Adakah dengan cara mengawal rasa lapar dapat menguruskan badan?Tidak sama sekali.Menahan rasa lapar bukanlah cara yang terbaik. Malah ia mampu mengundang peningkatan berat badan yang mendadak.Cara yang terbaik adalah dengan mengawal kuantiti makanan yang diambil,kekerapan dan jenis makanan.Ketiga-tiga perkara ini perlu disusuli dengan senaman ringan agar dapat membantu mempercepatkan proses menguruskan badan 


*** Tip Makan ***

Kebiasaannya ,seseorang yang berdiet akan mengelak daripada mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak.Cara ini mungkin betul dan mungkin salah mengikut jenis makanan yang anda ambil.

Jika ketika itu anda memilih untuk tidak mengambil sebarang makanan yang berkanji seperti nasi,tukarkan hidangan anda dengan sesuatu yang lebih berzat dan memberi tenaga.

Namun jika anda memilih hidangan yang seimbang namun dalam kuantiti yang sedikit, anda perlu kerap mengulang makan agar perut anda tiak meraas lapar yang terlampau.Ini kerana,lapar yang melampau akan meningkatkan nafsu makan anda dan menyebabkan anda memilih untuk makan dengan banyak dan tidak teratur.


*** Air Kosong ***


Ramai yang tidak mengetahui bahawa air kosong mampu menurunkan berat badan seseorang.Ini bukanlah teori semata-mata, malah fakta yang boleh dipraktikkan.

Jika anda mengamalkan minuman air kosong 500ML sehari, dalam tempoh 2 minggu berat anda mampu turun sebanyak 3 kilo .Namun ,penurunan berat badan ini ,bergantung juga pada cara anda mengawal pemakanan.

Disarankan,bagi anda yang gemar melakukan diet lapar,kerap meminum air kosong akan membuatkan rasa lapar berkurang dan selera makan anda juga terbantut.

Secara tidak langsung ia akan membantu diet anda. Jangan sesekali mengamalkan memakan makanan bersifat masam atau berasid jika anda mengamalkan diet.Walaupun makanan bersifat masam dan berasid ini boleh memcah lemak,namun sifatnya lebih kepada mewujudkan rasa lapar yang cepat.Jika anda ingin menjadikan makanan seperti ini sebagai hidangan dalam makanan anda,ia sudah memadai.tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan sampingan 






*** Menu Kurus Dalam Seminggu ***

Menu kali ini sangat ringkas dan mudah disediakan.Tidak memerlukan masa yang lama dan tempat yang selesa semasa penyediaan.Sambil melayari Internet atau menonton televisyen juga boleh disediakan.

Bahan-bahan:
  • Epal merah 
  • Epal hijau
  • Anggur 
  • Lemon 
  • Mayones /Thousand Island
  • Daun salad
  • Yogurt 
Bahan-Bahan:
  • Potong kesemua buah-buahan dan daun salad mengikut cita rasa
  • Kemudian, masukkan mayones.Tetapi biar dalam kuantiti yang sedikit sebagai perasa sahaja.
  • Untuk memberi kesan lebih cepat pada diet anda,masukkan pula yogurt mengikut perisa yang anda gemari.
  • Kacau semua bahan tadi 
  • Akhir sekali, picit buah lemon di dalam hidangan dan kacau sekali lagi. 

Hidangan ini sebaik-baiknya dimakan sebelum atau selepas makan berat.Ini akan membuatkan anda tidak mudah berasa lapar dan sekaligus menyekat anda mengambil hidangan seterusnya dalam kuantiti yang banyak.

Selain itu,hidangan ini mengandungi mayones dan perahan lemon boleh membantu membakar lemak dan menghalang lemak daripada terus berkumpul di dalam badan.Hidangan ini bukan sahaja baik untuk mereka yang ingin berdiet,malah untuk mereka yang ingin menjaga kesihatan dan mengekalkan berat badan ideal.



Nak tengok cara berdiet yang mudah,murah dan selamat boleh KLIK DI SINI 



No comments:

Post a Comment