Borang Tempahan STEVIA

Nama Penuh
Alamat Email
Alamat Surat-Menyurat
Poskod
Negeri
Bandar
Nombor Telefon
Jumlah Tempahan
Jumlah Bayaran
Bayaran Ke Akaun
Sila "Copy & Paste" bukti bayaran jika anda membuat bayaran secara online. Atau taipkan masa, tarikh dan nombor transaksi jika anda membuat bayaran melalui mesin deposit tunai.

Put a website form like this on your site.

Thursday, January 7, 2016

12 Sebab Untuk TIDAK Menyukai Minuman Berkarbonat



Minuman berkarbonat sudah mula wujud semenjak tahun 1767 lagi dan diasaskan oleh Joseph Priestly.Kejayaan tersebut bukanlah sesuatu yang wajar dibanggakan kerana semakin lama ia makin mendatangkan kesan negatif kepada kita.Bayangkan satu tin minuman tersebut sahaja mengandungi anggaran 10-12 sudu kecil gula.

Menurut James Duke PhD, penulis buku The Green Pharmacy: The Ultimate Compendium Of Natural Remedies From The World's Foremost Authority On Healing Herbs, kekerapan minum minuman berkarbonat akan mendedahkan anda kepada risiko diserang osteoporosis.

Ini kerana minuman berkarbonat mempunyai kandungan fosforus yang sangat tinggi. Kandungan fosforus ini bertindak menyerap keluar kandungan kalsium dari tulang. Keadaan ini menjadikan tahap kalsium akan menurun manakala tahap fosforus akan meninggi di dalam darah.Situasi ini akan membawa kepada kehilangan jisim tulang.

Kajian yang dilakukan ke atas 57 kanak-kanak yang disahkan mengalami kekurangan kalsium dalam darah, 66.7% darinya minum lebih dari empat tin minuman berkarbonat setiap minggu (anggaran 12 hingga 16 auns setiap botol).Keadaan ini akan mengganggu penyerapan mineral baik oleh tulang hingga meningkatkan risiko kerapuhan tulang di kalangan kanak-kanak.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Marion Nestle dalam Carlifornia Studies in Food and Culture, minuman ringan ini juga mengandungi kafein yang sangat tinggi.1 tin minuman kola mengandungi kira-kira 45 miligram kafein malah ada di antara minuman berkarbonat yang lain mengandungi 100 miligram kopi di mana jumlahnya adalah tinggi berbanding yang terkandung di dalam secawan kopi.

Jika anda minum minuman ringan ini setiap hari anda berisiko dua kali ganda dari individu yang hanya mengambilnya setin setiap minggu untuk menjadi obes. 

Menurut William Duffy,Pakar Nutrisi dari pusat Kajian Perubatan Naval, kandungan gula dan asid yang tinggi dalam minuman bersoda ini juga mampu menghakis gusi menyebabkan gigi mudah rosak dan patah.

Bagi individu yang berusia 40 tahun ke atas,kekerapan minum minuman berkarbonat akan meingkatkan risiko kerosakan buah pinggang kerana organ tersebut perlu 'bekerja' keras untuk menyingkirkan kandungan fosforus yang belebihan dalam tubuh.

Minuman berkarbonat juga sangat tinggi dengan bahan antasid yangboleh mengganggu penghadaman dan akhirnya membawa kepada masalah seperti hipertensi,pening kepala dan rasa meloya atau muntah-muntah.Menurut Ravi Dhingra,MD,Pakar Perubatan Am dari Harvard Medical School, Boston, massachusetts,kandungan antasid ini tetap sama meskipun di dalam minuman berkarbonat yang diiktiraf sebagai 'diet' atau 'diet cola'.

Minuman ini juga bertindak mengurangkan fungsi antibakteria seperti penicilin dan ampicilin di dalam tubuh .

Berdasarkan satu kajian yang dilakukan oleh James A.May ada kaitan di antara kafein dan kemandulan.Jika anda minum satu tin minuman berkarbornat setiap hari akan mengurangkan 50% risiko untuk mendapat zuriat.Ini kerana kandungan kafein yang tinggi dalam minuman ini.

Minum minuman tin ini juga akan mempertingkatkan gejala menopaus bagi wanita yang berusia 40 tahun ke atas.

Menurut Marcia Zimmerman,pengarang buku The A.D.D Nutrition Solution: A Drug-Free 30 Day Plan,minuman dalam tin juga mengandungi sodium benzoate iaitu sejenis bahan mengawet yang berfungsi untuk mengekalkan rasa (microbial control) di dalam minuman dan beberapa jenis makanan. Bahan ini akan mengurangkan kewujudan potasium dalam tubuh.Bagi mereka yang alah,bahan ini akan mendedahkan individu tersebut kepada risiko ruam,ekzema atau diserang asma.

Satu kajian yang dilakukan oleh Harvard Medical School ke atas 6000 responden yang berusia di antara 25 hingga 30 tahun mendapati bahawa individu yang minum lebih daripada satu tin minuman berkarbonat sehari akan terdedah kepada risiko mendapat serangan jantung dan sindrom metabolik sebanyak 44%.


No comments:

Post a Comment