Borang Tempahan STEVIA

Nama Penuh
Alamat Email
Alamat Surat-Menyurat
Poskod
Negeri
Bandar
Nombor Telefon
Jumlah Tempahan
Jumlah Bayaran
Bayaran Ke Akaun
Sila "Copy & Paste" bukti bayaran jika anda membuat bayaran secara online. Atau taipkan masa, tarikh dan nombor transaksi jika anda membuat bayaran melalui mesin deposit tunai.

Put a website form like this on your site.

Monday, April 18, 2016

Diabetes Ancam Populasi Dunia -WHO




Jumlah pesakit diabetes di seluruh dunia meningkat empat kali ganda sejak 35 tahun lalu.


Pertubuhan Kesihatan Sedua (WHO) memberi amaran bahawa diabetes adalah ancaman serius kepada populasi dunia disebabkan peningkatan obesiti.


Malah, laporan WHO juga memaklumkan diabetes kini meningkat di negara-negara berpendapatan pertengahan dan rendah.


Ketua Pengarah WHO, Dr. Margaret Chan berkata, mereka yang menghidap diabetes di negara-negara miskin lebih sukar.


"Diabetes bukan lagi penyakit negara-negara kaya, kelaziman diabetes semakin meningkat di mana-mana, paling ketara di dunia adalah negara berpendapatan sederhana.


"Mereka yang mempunyai diabetes dan bergantung kepada insulin semakin membayar harga yang mahal kerana akses kepada insulin yang mampu dimiliki semakin kurang," kata Dr. Chan.


Diabetes adalah penyakit kronik dan ia berlaku apabila pankreas tidak menghasilkan cukup insulin - hormon yang mengawal gula dalam darah.


Peningkatan tahap gula dalam darah dari semasa ke semasa boleh menyebabkan kerosakan yang serius kepada banyak saraf badan dan saluran darah serta menjejaskan melibatkan jantung, mata dan buah pinggang.


Walaupun diabetes Tahap 1 adalah boleh berlaku semasa zaman kanak-kanak atas sebab-sebab yang tidak diketahui, penyakit kencing manis Tahap 2 - sebahagian besarnya terhasil akibat berat badan berlebihan dan tidak bersenam.


Sebanyak 108 juta penduduk dunia menghidap diabetes pada tahun 1989 dan berganda kepada 422 juta pada tahun 2014.


Diabetes dalam kalangan golongan dewasa bertambah daripada 4.7 peratus dalam populasi global 36 tahun lalu kepada 8.5 peratus pada 2014.


WHO berkata, tabiat pemakanan sihat kanak-kanak adalah salah satu cara yang terbaik untuk mengelakkan obesiti pada kemudian hari, bersama-sama dengan 30 minit senaman sehari dan berhenti merokok.


Laporan badan dunia itu juga memaklumkan sebanyak 1.5 juta kematian berpunca daripada diabetes pada tahun 2012.


Dr. Chan berkata, kos untuk perbelanjaan penyakit ini boleh menjejaskan ekonomi dunia.


"Diabetes dan komplikasinya memberi kesan besar ke atas kewangan individu dan keluarga mereka dan ekonomi negara, "katanya.


Beliau menambah, sebnayak 150 negara telah menetapkan "sasaran yang tinggi" untuk mengurangkan penyakit tidak berjangkit, seperti diabetes, dengan satu pertiga Agenda 2030 untuk matlamat Pembangunan Mampan. - MalaysiaGazette


http://malaysiagazette.com/

No comments:

Post a Comment