Borang Tempahan STEVIA

Nama Penuh
Alamat Email
Alamat Surat-Menyurat
Poskod
Negeri
Bandar
Nombor Telefon
Jumlah Tempahan
Jumlah Bayaran
Bayaran Ke Akaun
Sila "Copy & Paste" bukti bayaran jika anda membuat bayaran secara online. Atau taipkan masa, tarikh dan nombor transaksi jika anda membuat bayaran melalui mesin deposit tunai.

Put a website form like this on your site.

Monday, May 9, 2016

ASPARTAME (GULA SINTETIK) – ADAKAH IA SELAMAT?



Sejarah penemuan bahan pemanis tiruan ini bermula apabila pada tahun 1965, apabila James M. Schlatter seorang ahli kimia melakukan proses sintetik ke atas aspartame untuk dibuat ubat anti gastrik, secara kebetulan dia mendapati rasa manis apabila ia menjilat jarinya. Produk ini tampil dengan jenama pertama NutraSweet dan bermula tahun 2009 ia dijenamakan semula sebagai AminoSweet.

Aspartame dianggarkan 200 kali lebih manis dari gula biasa dan sangat sedikit khasiatnya di dalam pemakanan. Ia semata-mata membuat makanan dan minuman anda manis.



Bahan ini dibuat sebagai memenuhi budaya diet dikalangan masyarakat Amerika yang tidak mahu menggunakan gula di dalam pemakanan. Akibatnya, produk ini berada hampir disemua rak-rak supermarket dengan jenama yang pelbagai antaranya NutraSweet, Equal dan Canderel. Bahan-bahan ini dimasukkan ke dalam lebih 6000 produk makanan dan minuman di seluruh dunia termasuk makanan dan minuman ringan. Di antara produk yang mengandungi bahan-bahan ini ialah;

  • Sarapan segera
  • Gula-gula nafas (nafas segar)
  • Bijirin
  • Gula-gula getah tanpa gula
  • Koko campuran
  • Minuman kopi
  • Makanan pencuci mulut sejuk beku
  • Pencuci mulut berasaskan gelatin
  • Minuman berjus
  • Pelawas
  • Minuman bersusu
  • Multivitamin
  • Ubatan farmasi
  • Bahan untuk minuman Shake
  • Minuman Ringan/soda
  • Pemanis
  • Minuman Teh
  • Teh segera dan kopi segera
  • Bahan topping (bahan kek)
  • Yogurt

Walaupun tidak terdapat bukti-bukti konklusif bahawa aspartame adalah penyebab penyakit-penyakit kritikal seperti diabetis, kanser, jantung dan sebagainya tetapi dengan kadar kemanisannya yang 200 kali ganda lebih manis daripada gula biasa, maka disarankan pengguna-pengguna lebih berhati-hati dengan penggunaan bahan ini.

Aspartame adalah pemanis tanpa khasiat. Banyak Persatuan-Persatuan Pengguna, NGO serta aktivis-aktivis kesihatan di seluruh dunia mengkelaskan aspartame sebagai racun manis yang membunuh dalam diam. Kajian mereka menunjukkan bahawa banyak kesan sampingan yang terhasil daripada pengambilan aspartame dalam jumlah yang banyak dan kerap. Di antaranya ialah kebutaan, insomnia, depressi, migrain, alergik, cirit-birit, kurang berat badan dengan cepat dan sebagainya. Oleh itu, jauhilah aspartame dan berhati-hati dengan produk bebas gula (sugar free products) kerana biasanya ia mengandungi aspartame di dalam jumlah yang tinggi.

Bagi pengguna yang mengidap penyakit genetik yang dinamakan phenylketonuria dinasihati agar tidak mengambil aspartame. Aspartame yang mengandungi phenylalanine akan menyebabkan pengidap phenylketonuria menjadi bertambah parah sehingga membantutkan perkembangan otak.


No comments:

Post a Comment